Artikel Motivasi

29 08 2009

Mahu Jadi Yang Pertama Menjadi Booster Motivasi

Untuk tips motivasi kali ni, rasanya Anda masih ingat kisah Lance Armstrong dan kekuatan semangatnya sehingga dia mampu menjadi juara Le Tour De France tujuh kali berurut-turut. Bagi Lance Armstrong, kekuatan semangat saja tak cukup sebagai pencetus motivasi dirinya.

Jadi, apa dia? Lance tekad mahu jadi pemenang yang pertama. Dia tak mahu jadi yang kedua, ketiga mahupun sekadar berpuas hati dengan tempat keempat. Dia mesti jadi yang pertama!
Didorong oleh keinginan itu, dia sanggup berlatih 6 jam sehari, setiap hari dan hanya memfokus pada pertandingan Le Tour De France serta menolak undangan untuk menyertai pertandingan-pertandingan lain. Sebab, dia mahu jadi yang pertama dalam Le Tour De France.
Andai perlumbaan F1 merupakan perluambaan terunggul bagi sukan kereta, Le Tor De Framnce merupakan perlumbaan terunggul bagi atlit lumba basikal dari seluruh dunia.Konsep mahu jadi yang pertama ni ini boleh Anda aplikasikan pada diri sendiri sebagai pencetus motivasi.
Andai Anda seorang pelajar IPT, tanamkan tekad mahu jadi yang pertama. Tiada orang lain selain Anda, hanya Anda seorang. Bila ada persaingan, belajar serajin mungkin, se’smart’ yang mungkin supaya Anda kekal cemerlang di tempat pertama.
Anda Anda seorang pekerja, tanamkan tekad mahu jadi pekerja cemerlang, secemerlang yang mungkin, selama yang mungkin, selagi Anda masih bekerja di situ. Jangan biarkan Anda menjadi orang yang kedua!
Andai Anda seorang usahawan, set matlamat supaya Anda menjadi usahawan cemerlang, lebih cemerlang dari usahawan-usahawan lain dalam komuniti Anda. Biar Anda dikenali, dihormati dan disegani.
Andai Anda seorang blogger, jadilah blogger yang pertama mendahului blogger lain, yang lebih berjaya, menjadi lebih dikenali dalam niche blog Anda.Mulakan langkah menjadi yang pertama dihadapan hari ini juga!

Motivasi Dalam Kejayaan Domino’s Pizza

Siapa yang tak minat makan pizza, ye tak?

Kali ni saya mahu kongsikan motivasi yang terkandung di dalam kisah kejayaan Domino’s Pizza.

Tahukah Anda, ketika pertama kali memulakan bisnes, Tom Monohan (pemilik Domino’s Pizza) hanya mengambil bekalan dari restoran-restoran pembuat pizza biasa lalu menjualnya semula. Kira macam dia ni amik bekalan pizza dari restoran kecil lalu menghantarnya ke tempat pelanggan beliau.

Tapi, Tom Monohan mencuba kelainan. Dalam menjalankan perniagaan pizanya, Domino Pizza mencipta satu polisi baru iaitu penghantaran pizza yang lebih cepat, lebih cepat berbanding restoran pizza yang lain di sekelilingnya.

Walaupun pizza yang dihantar adalah pizza biasa, tapi ramai pelanggan sukakan kedainya hanya kerana sistem penghantaran yang cepat. Itu saja! Bila ditanya pada Tom apa rahsia kejayaannya, dia hanya menjawap :

“I just add value to that ordinary pizza by delivering it 5 times faster than usual.”

Nyatalah resepi kejayaan Domino’s Pizza adalah menukarkan satu perkara yang biasa menjadi luar biasa! kerja menghantar pizza adalah satu perkara biasa, tapi Domino’s Pizza berjaya hanya dengan melakukannya lebih cepat dari biasa.

Motivasi kali ni, dalam apa saja yang Anda lakukan, beranikan diri mencuba kelainan.

Dari kelainan itu, Anda mula dikenali dan kesannya, Anda lebih menonjol dari orang lain di sekeliling Anda.

Teringat kata Billi Lim : “Dare To Be Different!”.

Motivasi Dalam Mengejar Kejayaan

Saya yakin setiap dari kita ada matlamat kejayaan yang tersendiri. Bahkan, kita suda set minda kita supaya memfokus kepada kejayaan.

Namun, kejayaan yang cemana yang kita mahu?

Tanya diri Anda dulu, apa makna kejayaan bagi diri Anda. Adakah kejayaan kerana berjaya mengalahkan pesaing Anda? atau ..

Kejayaan kerana membuatkan ibu bapa Anda bangga dengan pencapaian Anda? Apa yang Anda mahu capai sebenarnya yang menjadi takrif kejayaan?

Minda separa sedar kita mengikut apa yang minda sedar kita fikirkan. Jadi, andai Anda tidak tahu apa sebenarnya makna kejayaan bagi diri Anda, lama-kelamaan matlamat Anda akan menjadi kabur, malah menjadi semakin jauh.

Kesannya, motivasi mengejar kejayaan semakin menurun, lama kelamaan semakin menghilang. Salah satu sebab untuk membuat Anda sentiasa bersemangat adlaah dengan mengetahui sebenar-benarnya kejayaan cemana yang Anda nak capai.

Saya mahu menjadi seorang blogger yang berjaya. Walaupun sekarang saya bekerja dan menulis blog motivasi ini separuh masa, namun impian mahu menjadi seorang blogger berjaya membara setiap masa.

Itulah makna kejayaan bagi diri saya. Andai Anda seorang student, pekerja mahupun usahawan, apa makna kejayaan bagi diri Anda dan bagaimana Anda menjaga tajap motivasi dalam mengejar kejayaan?

Tulis dalam 3 jawapan. Lebih banyak, lebih bagus. Lihat jawapan-jawapan itu setiap hari.

Kesannya, Anda lebih bersemangat selepas itu!

Diri Sendiri Pendorong Kejayaan

Teringat kata Dr Tuah Iskandar, “pendorong utama kejayaan dan kecemerlangan adalah dari Anda sendiri”.

Semangat yang kuat di sertai dorongan dalaman berupaya membantu mencapai segala hasrat dan cita-cita yang diidamkan. Saya mengaku blog ini satu-satunya perkara yang menjadi fokus minda saya.
Selain tu, saya juga mahu blog ini menjadi semakin popular, supaya mesej-mesej motivasi di dalamnya sampai kepada lebih ramai orang di ruang internet Malaysia.
Secara default, memang kebanyakan dari kita senang mahu memandang rendah orang lain, apatah lagi kalau kita melakukan perkara yang ‘ganjil’ pada pandangan mata mereka. Terpulang pada Anda cemana, tapi bagi saya, saya buat ‘donno’ aje.
Saya tak kisah tu semua, janji saya terus berusaha mencapai target yang saya set untuk diri sendiri, dalam masaa yang sama terus rajin belajar. Terus terang matlamat yang saya set untuk blog ni masih jauh. Selama beberapa tahun kebelakangan ni, saya menjadi ‘goal oriented’.
Untuk mencapai target, saya memerlukan inspirasi supaya sentiasa bermotivasi. untuk mendapat inspirasi, saya banyak membaca kisah kejayaan orang lain, terutama kisah kejayaan Lance Armstrong dan Dr Sheikh Muszaphar. Setiap hari, saya juga banyak membaca kisah-kisah kejayaan yang banyak terdapat di internet.
Kesimpulannya, hanya Anda saja yang boleh mendorong diri sendiri untuk mencapai kecemeralangan. Anda ada orang lain yang membantu menaikkan semangat Anda, itu sudah di kira sebagai bonus!.

Cermin Diri Untuk Jadi Bermotivasi

Tahukah Anda, diwaktu pagi, mood kita masih di tahap rendah dan di saat itu, minda separa sedar cenderung menerima apa saja perkataan yang Anda masukkan di dalamnya. Tapi, apa pula kaitannya dengan motivasi diri?

Ketika Anda sedang bercermin di waktu pagi sebelum ke luar rumah atau sebelum menerusakan apa saja kerja, tenung wajah Anda dalam seminit dua. Lihat warna anak mata anda, bibir dan akhir sekali, beri senyuman pada diri Anda.

Senyum dengan ikhlas… Katakan dalam hati yang Anda mahu jadikan hari ini hari yang terbaik buat Anda.

Kesannya, Anda akan rasa yakin selepas itu.

Sebab, bila Anda rasa senang dengan diri sendiri, Anda akan mula rasa yakin. Bila Anda rasa yakin, Anda akan jadi lebih bermotivasi, energetik dan lebih bersemangat!. Tips ini baik untuk membina keyakinan diri bagi Anda yang sering merasa kurang yakin dan yang kurang self confidence.

Ketika Anda sedang bercermin, cuba bisikkan kata-kata pembakar semangat pada diri Anda di dalam hati. Bila istiqamah melakukan teknik ni, Anda boleh jadi bersemangat tiap hari!.

Menggapai Pencapaian Terhebat Sumber Motivasi

Seringkali bila impian Anda diperlekeh, kerajinan Anda dipandang rendah dan apa jua yang Anda usahakan diperli, Anda jadi murung. Bahkan, Anda jadi rasa tak bersemangat langsung.

Andai kata Anda rabun jauh dan sering ditertawakan dek ‘kerabunan’ Anda tu, Anda akan rasa malu, terpukul dan kecewa. Bahkan, Anda menyalahkan takdir kerana menjadikan Anda bermata rabun yang menyebabkan Anda terpaksa memakai kaca mata.

Lama-kelamaan Anda cederung memencilkan diri dan asyik memikir kekurangan Anda yang bermata rabun.

Jika Anda ada pemikiran sebegini, hentikan segera. Ia bukan saja meruntuhkan jati diri Anda, bahkan merobohkan kekuatan dalaman yang sebenarnya ada pada Anda. Dalam keadaan tadi, Anda lebih cenderung memfokus pada kekuarangan diri, misalnya bermata rabun.

Lebih banyak Anda memfokus pada kekurangan diri, lebih banyak juga kekurangan yang Anda dapat. Apa saja yang Anda usahakan menjadi kurang, serba tak sempurna.

Last-last, tak menjadi. Semua berpunca dari fikiran Anda yang memfokus pada kekurangan diri.

Mulai hari ini, ubah fokus Anda. Gali kekuatan Anda.

Tanya diri apa yang Anda boleh buat lebih baik dari orang lain dan apa yang Anda tahu lebih banyak dari orang lain?. Tak perlu lagi merintih. Fokus kepada kekuatan Anda.

Orang-orang yang berjaya, banyak kekurangan sebenarnya. Ada yang datang dari keluarga miskin, berpecah belah, orang susah dan ada juga yang cacat fizikal.

Tapi, orang-orang yang ‘kurang’ inilah yang banyak mencipta rekod dunia, menggapai kejayaan lebih banyak dari orang yang ’sempurna’.

Mereka tak menjadikan kekurangan fizikal tu sebagai alasan, halangan dan sempadan untuk memajukan diri, tetapi mereka set matlamat yang tinggi lalu berusaha keras mencapainya. Kekurangan diri menjadi perkara kedua.

Oleh kerana selalu diketawakan, dipermainkan dan diperbodoh-bodohkan, mereka tekad memajukan diri supaya dapat diterima, dikenali dan disanjung. Kesannya, ramai dari mereka yang menjadi cemerlang.

Mereka push diri sendiri memburu kejayaan dan meninggalkan ‘masa hitam’ mereka jauh di belakang. Kenapa pula? Sebab mereka meletak sasaran jauh ke depan, memfokus lalu mengatur strategi untuk tahun-tahun akan datang.

Mereka sedar mereka ada kekurangan dan sedia menerimanya. Mereka tahu kekurangan itu sudah tidak boleh diubah. Tetapi, masa depan masih boleh mereka ubah mulai hari ini!

Anda perlu banyak bersabar bila orang selalu ketawakan Anda, mempermain-mainkan Anda, memprobodohkan, memandang rendah kebolehan Anda ataupun mengejek kekurangan Anda.

Sabar paling perlu di saat ini. Anda perlu kuat menghadapi semua itu, jangan sesekali mengalah.

Andai Anda rasa tak bersemangat, kecewa dan rasa tak ada inspirasi, jangan simpan lama-lama emosi tersebut. Ubah ketawa mereka menjadi satu cabaran supaya Anda menjadi lebih cemerlang dari mereka yang memperlekehkan Anda.

Biasanya orang sebegini malas nak memajukan diri, apatah lagi nak meletak matlamat.

Dekatkan diri Anda dengan kisah-kisah kejayaan orang lain. Jauhkan diri dari mereka yang selalu mentertawakan Anda. Latih diri rajin berdoa, serajin yang mungkin, minta pada Tuhan supaya Anda diberi kekuatan dan kerajinan berusaha.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Bila kita kata pada diri sendiri yang kita kuat, maka kita jadi kuat.

Bila kita kata pada diri sendiri kita ni lemah, tak guna dan kita ni langsung tak ada kebolehan (seperti yang mereka kata) maka itu yang akan jadi.

Ubah pemikiran Anda. Kemudian, tambahkan ilmu, gandakan usaha.

Fikir, yang Anda ada bakat dan Anda boleh buat apa saja yang Anda mahu. Fikirkan itu…cuma itu saja.

Katakan pada diri sendiri, minda Anda hebat, fizikal Anda hebat. Anda boleh membentuk diri sendiri menjadi orang yang hebat, sebab Anda dah dikurniakan minda yang sama hebat dengan orang yang hebat.

Jadi, ambil keputusan untuk menggapai satu pencapaian yang terhebat!

Ucapkan Alhamdulillah

Ucapkan alhamdulillah, bila Anda berjaya menyiapkan kerja Anda, tugasan Anda dan assignment Anda hari ini.

Bersyukurlah kerana Anda diberi ilham, ruang masa dan curahan tenaga oleh Allah s.w.t. untuk menyiapkan semuanya.

Ucapkan alhamdulillah, bila Anda baru balik dari kerja, selamat sampai di rumah dan di sambut oleh hilai tawa orang rumah Anda.

Bersyukurlah kerana Anda masih ada peluang mendengar kegirangan mereka, melihat cerianya wajah mereka dan menyentuh lembut kepala mereka. Hilai tawa mereka, kebahagiaan buat Anda.

Ucap alhamdulillah dalam bila Anda bertemu kekasih Anda dan sempat menatap senyuman manis di bibirnya. Beruntung Anda kerana ada kekasih seperti dia! Alhamdulillah…

Ucapkan alhamdulillah di saat Anda mahu melelapkan mata, ucap tahniah pada diri Anda kerana berjaya menjadikan hari ini lebih baik dari yang sebelumnya. Anda sempat beribadah, beramal dan menambah pahala.

Alhamdulillah, satu lagi kecemerlangan kecil tercipta.

Niatkan dalam hati, Anda mahu jadikan pencapaian esok benar-benar lebih cemerlang buat diri Anda!

Tips Motivasi Paling Asas Dari Al Quran

Tips motivasi dari Al Quran adalah salah satu siri tips motivasi yang saya tulis di blog ini.Firman Allah yang bermakud :

“Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah, sujudlah dan abdikanlah dirimu kepada Tuhan kamu dan kerjakanlah kebaikan semoga kamu mencapai kejayaan.” (surah Al Hajj ayat 77).

Allah memberitahu kita bahawa petua kejayaan yang paling efektif, paling berkesan dan yang paling ampuh adalah dengan taat mematuhi segala perintahnya. Kita amat dianjurkan agar rajin mengerjakan pelbagai ibadah yang membuat perhatian Allah tertumpu pada diri kita.

Dengan mendekatkan diri dengan Allah, rajin menjaga sembahyang dan istiqamah dalam ibadah-ibadah lain dapat membuka kunci kepada pintu-pintu kejayaan sama ada dalam pelajaran, kerjaya mahupun perniagaan.

Allah pemilik rezeki, rahmat dan limpahan nikmat. Untuk membolehkan Anda berubah menjadi cemerlang, dekatkan diri kepadanya, sedekat yang mungkin agar limpahan rezeki, rahmat dan nikmat tu mengalir ke dalam hidup Anda.

Setelah itu, rajin-rajin berdoa agar Anda sentiasa dibukakan pintu kemurahan rezeki serta diberikan petunjuk menuju kejayaan. Insya Allah, bila istiqmah berdoa, kesannya akan nampak.

Untuk tips motivasi kali ini, dalam apa jua yang Anda lakukan, mulakan dengan bacaan Bismillah dan niatkan sebagai ibadah agar apa yang Anda usahakan berhasil dan apa jua yang Anda targetkan dapat dicapai, secemerlang yang mungkin.

Anda akan perasan munculnya semangat dan inspirasi dari dalam diri.

Lebih ngammm lagi bila ditambah dengan rasa bersyukur dan lafaz istighfar sebanyak yang mungkin!

Bagi saya pula, setiap kali saya menulis blog, saya disiplinkan diri supaya berwuduk dan membaca Bismillah terlebih dahulu. Sejak dari sekolah menengah, petua ini diajarkan oleh bapa saya supaya ia dapat membersihkan hati lalu membuat idea datang mencurah-curah.

Oh ya, saya bersekolah di SMK Agama Tun Sakaran, Semporna, Sabah. Dulu, ia di kenali dengan SMK Agama Tawau. Petua tu selalu saya pakai tiap kali menjawap periksa atau time study.

Doa saya untuk Anda, moga Anda sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah dan moga Anda beroleh kecemerlangan dalam akademik, kerjaya, keluarga dan kewangan.

Ubah mindset Anda, tekadkan usaha, fokus untuk menjadi cemerlang hari ini juga!.

25 Ways To Win With People

Saya baru selesai membaca sebuah buku motivasi, yang pada saya memang lain daripada yang lain. Banyak yang saya perolehi selepas membacanya buat kali yang kedua, terutama cara bagaimana nak get along with people dan cara bagaimana membuat orang lain merasa senang dengan Anda.Memang dah lama saya idamkan buku ni, selepas buku tulisan beliau yang pertama sold out!

Lepas tu, payah nak jumpa kat mana-mana kedai buku sekitar kota kinabalu. Mulanya saya nak baca sekali saja dan hanya mahu merumus isi-isi penting, tapi kandungan buku ni amat memikat hati saya.

Tajuk buku tersebut adalah 25 Ways To Win With people karya John C Maxwell.

Bukunya yang pertama, Winning With People memang selalu habis dijual tiap kali ada stok. Syukur saya dapat memiliki buku kecil ni.

Saya kongsikan isi kandungan buku tersebut di blog ini yang boleh membantu Anda supaya disenangi ramai, di mulakan dengan :

  • Start with yourself
  • Practice the 30-second rule
  • Let people know you need them
  • Create a memory and visit it often
  • Comliment people in front of other people
  • Give others a reputation to uphold
  • Say the right words at the right time
  • Encourage the dreams of others
  • Pass the credits to others
  • Offer your very best
  • Share a secret with someone
  • Mine the gold of good intentions
  • Keep your eyes off the mirror
  • Do for others what they cant do for themselves
  • Listen With Your heart
  • Find the key to their hearts
  • Be the first to help
  • Add value to people
  • Remember a person’s story
  • Tell a good story
  • Give with no strings attached
  • Learn your mailman’s name
  • Point out people strengths
  • Write notes of encouragements
  • Help people win.

Memang banyak point!

Semua 25 point ni amat berguna bagi diri Anda, praktikkan pada diri sendiri supaya orang senang dengan Anda dan serasi dengan Anda, walau dalam apa jua keadaan.

Petua mudah untuk memenangi hati orang lain adalah dengan memfokus pada diri mereka dulu, cuba buat mereka rasa dihargai.

Rajinkan diri menolong mereka dan buat mereka rasa bermotivasi, kesannya mereka akan memberi yang sama juga pada Anda, dua kali ganda!


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: